MY Playlist

Followers


Wednesday, February 24, 2010

Prince Of Tennis


Salam 1 Malaysia,

Pada bulan Feb baru ini, kalau tidak silap, dalam awal bulan, kawan aku ajak pergi jusco seri kembangan....jalan punya jalan aku nampak satu kedai...tengok ja kedai tuu terus hati aku terpikat. Apa lagi, serbu masuk arr.....kawan-kawan aku semua tak masuk, aku sorang ja....Bukan kedai istimewapun,, tapi istimewa bagi akulah. Sebab apa?? Sebab mata aku yang tajam ini sudah terpandang deretan cd-cd dan dvd anime hehe3..^-^....

Aku habis masa setengah jam kat dalam kedai tu saja , sebabnya, dah rambang mata tengok cd-cd anime yang best2..... Apatah lagi, dah lama aku tak membeli cerita anime ini, dulu time belajar adalah jugak...tapi kebanyakkan telah hilang sebab berpindah....frust giler aku dibuatnya... Lasty aku beli dua anime iaitu Prince Of Tennis (aku dah lama minat cerita ini, sejak ditayangkan di TV7) dan Maginal Prince (kalau tak silaplah). Tambah-tambah time tu, baru dapat gaji..

Cerita Prince Of Tennis yang aku beli tu ada 4 cd dalamnya pastu dalam setiap cd banyak pulak title dan episod. Jadi secara tak langsung aku telah korbankan hujung minggu aku dengan siang dan malam dengan menonton cerita ini... Akhirnya selama 4 hari 3 malam aku berjaya menghabiskan semua cd Prince Of Tennis. Walaupun mahal harga yang aku terpaksa laburkan kerana ingin memiliki semua episod anime, aku berpuas hati dengan pelbagai aksi yang dipamerkan walaupun tak berapa logik (dah lumrah cerita anime) jadi aku boleh terima.

Sekarang aku nak bercerita pasal wataknya, watak utamanya ialah Ryoma Echizen, anak kepada Nanjiroh Echizen iaitu seorang Pro Tennis pada zaman 80-an. Walau bagaimanapun Nanjiroh berhenti dari menjadi pemain pro selepas beberapa tahun kelahiran Ryoma. Sebenarnya Ryoma merupakan anak kedua daripada 2 adik beradik walau bagaimanapun watak abangnya iaitu........!!!!!

p/s: byk lg yang aku mahu cerita tp...masa makin suntuk.....nanti aku sambung bila ada masa......Terima Kasih jika ada yang singgah....^-^

1 comment: