MY Playlist

Followers


Wednesday, February 24, 2010

Prince Of Tennis


Salam 1 Malaysia,

Pada bulan Feb baru ini, kalau tidak silap, dalam awal bulan, kawan aku ajak pergi jusco seri kembangan....jalan punya jalan aku nampak satu kedai...tengok ja kedai tuu terus hati aku terpikat. Apa lagi, serbu masuk arr.....kawan-kawan aku semua tak masuk, aku sorang ja....Bukan kedai istimewapun,, tapi istimewa bagi akulah. Sebab apa?? Sebab mata aku yang tajam ini sudah terpandang deretan cd-cd dan dvd anime hehe3..^-^....

Aku habis masa setengah jam kat dalam kedai tu saja , sebabnya, dah rambang mata tengok cd-cd anime yang best2..... Apatah lagi, dah lama aku tak membeli cerita anime ini, dulu time belajar adalah jugak...tapi kebanyakkan telah hilang sebab berpindah....frust giler aku dibuatnya... Lasty aku beli dua anime iaitu Prince Of Tennis (aku dah lama minat cerita ini, sejak ditayangkan di TV7) dan Maginal Prince (kalau tak silaplah). Tambah-tambah time tu, baru dapat gaji..

Cerita Prince Of Tennis yang aku beli tu ada 4 cd dalamnya pastu dalam setiap cd banyak pulak title dan episod. Jadi secara tak langsung aku telah korbankan hujung minggu aku dengan siang dan malam dengan menonton cerita ini... Akhirnya selama 4 hari 3 malam aku berjaya menghabiskan semua cd Prince Of Tennis. Walaupun mahal harga yang aku terpaksa laburkan kerana ingin memiliki semua episod anime, aku berpuas hati dengan pelbagai aksi yang dipamerkan walaupun tak berapa logik (dah lumrah cerita anime) jadi aku boleh terima.

Sekarang aku nak bercerita pasal wataknya, watak utamanya ialah Ryoma Echizen, anak kepada Nanjiroh Echizen iaitu seorang Pro Tennis pada zaman 80-an. Walau bagaimanapun Nanjiroh berhenti dari menjadi pemain pro selepas beberapa tahun kelahiran Ryoma. Sebenarnya Ryoma merupakan anak kedua daripada 2 adik beradik walau bagaimanapun watak abangnya iaitu........!!!!!

p/s: byk lg yang aku mahu cerita tp...masa makin suntuk.....nanti aku sambung bila ada masa......Terima Kasih jika ada yang singgah....^-^

Tuesday, February 2, 2010

Devil May Cry


Hii...pagi ini, terujalah mahu tulis dalam blog. Bukan apa, teringat crite anime devil may cry. Korang pernah tengok tak crite nie?Best sangat....Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang hensem menghapuskan watak jahat iaitu devil atau syaitan. Nama watak utama ialah Dante. Dante merupakan anak kepada manusia dan juga devil, boleh dikatakan Dante memiliki kuasa yang dimiliki oleh ayahnya (devil)iaitu sparta. Ramai devil2 ini tak sukakan Dante dan ingin memiliki kuasa yang Dante ada. Dan yang paling sweet mengenai Dante ialah dia suka sangat makan strawberry sundae. Memang sweet gilerlah si Dante ini. Satu lagi kepelikan pasal Dante nie, dier suka sangat makan pizza, asyik order pizza ja (pizza yang tak boleh ada bawang putih). Dier jugak tak banyak mulut, diam ja......dier hanya akan bercakap apabila perlu ja dan yang paling dier tak suka ialah klu ada orang ganggu dier tengah tdo. Memang tensionlah klu ada orang ganggu kita tidokan.....trylah korang tgk anime nie...mmg best

Monday, February 1, 2010

anime anime anime.....hidupku penuh dengan anime


Korang minta tak anime?org minat sesangat anime nie.....cari kecik sampai dah besar cm sekarang tp keminatan terhadap anime tak pernah-pernah berubah sama sekali. Kalau tak silaplah....first time tgk anime dulu...crite Dragon Ball n sailor moon,...dahlah crite tu main kt tv2 pastu setiap ari sabtu n ahad pulak tu..susah betul coz ari ahad terpaksa p sekolahlah. Hari persekolahan kat pantai timurkan berlainan sikit ngan area KL....byklah ketinggalan episod2 yg best2....rugi betul....

Berbalik crite masa sekarang......time orang belajar dulu....da je orang yang jadi sponser tuk anime nie.....xkiralah lelaki ker perempuan ker.....orang tak kisah.....bile dapat tau jer orang nie orag tue peminat anime, terus tanpa segan silu p tanya haha.ha...terukkan?apa nak buat, dah jadi minat, tak boleh dibuat ape ladi dah... Sekarang dalam koleksi peribadi adalah sikit xbanyakpun Devil May Cry, Shounen Onmyouji, Dragon Ball, Karin, Initial D, Rosario Vampire, Yakitate Japan, Grenadier, dan lain-lain.....semua nie dapat time study dulu...sekarang susahlah mau download kat internet.tak pandai....ada ker sape2 yang pandai?tlglah ajar...pleaseeee......dah keempunan mau tgk anime lain pulak nie...asyik ulang yang same jer.....tlglah ekk....