Apa salahnya aku meminati anime..Salah ker?aku menyusahkan hidup orang lain ker?Dah itu yang aku suke, anime tak pun novel. Aku tak boleh hidup tanpa diorang, palig kurang dalam satu hari aku kena buat antara satu, sama ada baca novel atau tgk anime. Dorang semua tak faham dengan minat aku, aku tak marah tapi janganlah kutuk aku. Kalau korang tak suka dengan apa yang aku minat, korang jangan masuk campur. Tambah lagi dalam bab anime dan novel aku tak pernah kacau korang. Susah mahu ubat kalau jiwa aku sememangnya jiwa anime, jiwa yang amat-amat menyukai anime sejak pertama kali aku kenal apa itu anime (tu pun kenal melalui tv).
Aku beli cd or dvd anime menggunakan duit aku sendiri. Duit yang aku dapat dari penat lelah aku bekerja, jadi apa salahnya aku memperuntukkan sedikit duit gaji itu untuk kepuaskan hati aku sendiri. Bukannya selalu aku membeli dvd anime ini, hanya sesekali jika aku ada kesempatan dan ruang untuk mendapatkannya. Jadi tolonglah...tolonglah faham dengan apa yang aku minat. Akupun harap sangat-sangat, kalau aku kahwin nanti, aku akan mendapat lelaki yang sukakan anime jugak ha3....boleh join sekaki time tengok anime haha3.. Aku jugak berharap kami sama-sama dapat menambah koleksi-koleksi dvd anime yang ada. Selain daripada:
ROSARIO VAMPIRE KYO KARA MAOH GRENADIER D. N. ANGEL YAKITATE JAPAN DEVIL MAY CRY
INITIAL D BLEACH